Tiada kesedihan melainkan kesedihan kerana berhutang

TEKS BAHASA ARAB

لا هم إلا هم الدين، ولا وجع إلا وجع العين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiada kesedihan melainkan kesedihan kerana berhutang, dan tidak ada kesakitan melainkan kesakitan mata.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 770, hadis nombor 3933. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن جابر -رضي الله عنه- مرفوعا: «لا هم إلا هم الدين، ولا وجع إلا وجع العين». [ابن حبان في «الضعفاء»، طس، طص، القضاعي، عد «الضعيفة» (746)].

(Palsu) Daripada Jabir RA secara marfu’: “Tiada kesedihan melainkan kesedihan kerana berhutang, dan tidak ada kesakitan melainkan kesakitan mata.” [Riwayat Ibn Hibban dalam al-Dhuafa’, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat dan Mu’jam al-Saghir, al-Qudha'i dalam Musnad al-Syihab, Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Dhuafa. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 746]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs