Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا هَمَّ إلا هَمُّ الدَّيْنِ، ولا وجعَ إلا وجعُ العينِ.
Teks Bahasa Melayu
Tiada kesedihan melainkan kesedihan kerana berhutang, dan tidak ada kesakitan melainkan kesakitan mata.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 770, hadis no. 3933. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن جابر -رضي الله عنه- مرفوعا: ((لا هم إلا هم الدين، ولا وجع إلا وجع العين)). [ابن حبان في ((الضعفاء))، طس، طص، القضاعي، عد، ((الضعيفة)) (746)].
(Palsu) Daripada Jabir RA secara marfu’: “Tiada kesedihan melainkan kesedihan kerana berhutang, dan tidak ada kesakitan melainkan kesakitan mata.” [Riwayat Ibn Hibban dalam al-Dhuafa’, al-Tabarani dalam Mu’jam al-Awsat dan Mu’jam al-Saghir, al-Qudha'i dalam Musnad al-Syihab, Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Dhuafa. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 746].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman