Tiada kerisauan melainkan kerisauan tentang hutang dan tiada sakit selain sakit mata

TEKS BAHASA ARAB

حديث: لا هم إلا هم الدين ولا وجع إلا وجع العين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Tiada kerisauan melainkan kerisauan tentang hutang dan tiada sakit selain sakit mata.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 148, hadis nombor 35. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه ابن عدي عن جابر مرفوعا وقال: باطل الإسناد والمتن.قال الأزدي: في إسناده سهل بن قرين كذاب.قال في اللآلىء: أخرجه أبو نعيم في الطب والبيهقي في الشعب. وقال: حديث منكر. انتهى. وليس في هذا الإخراج كثير فائدة، إلا إذ كان بإسناد مقبول.قال الذهبي في الميزان: هو موضوع.

Ibn Adi meriwayatkannya daripada Jabir secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW) dan dia berkata: Batil sanad dan matan.Al-Azdi berkata: Pada sanadnya terdapat Sahl bin Qarin seorang pendusta.Al-Suyuti berkata di dalam kitab al-La’ali’, Abu Nu‘aim meriwayatkannya di dalam kitab al-Tib dan Al-Baihaqi di dalam kitab al-Syu’ab. Dan dia berkata: Hadith munkar (terlalu daif). Tamat nukilan. Mencari riwayat hadith ini tidak banyak faedahnya melainkan jika sanadnya boleh diterima.Al-Zahabi berkata di dalam al-Mizan: Ia palsu.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.