Tiada kerisauan melainkan kerisauan hutang dan tiada kesakitan melainkan sakit mata

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لا هم إلا هم الدين ولا وجع إلا وجع العين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiada kerisauan melainkan kerisauan hutang dan tiada kesakitan melainkan sakit mata.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 140. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

«لَا هَمَّ إِلا هَمُّ الدَّيْنِ وَلا وَجَعَ إِلا وَجَعُ الْعَيْنِ» مَوْضُوع فِي اللآلئ حَدِيث «لَا هم» إِلَخ أنكرهُ الْبَيْهَقِيّ وَله طَرِيق آخر بِلَفْظ «لَا هَمَّ إِلا هَمُّ الدَّيْنِ» وَفِيه خاقَان مَجْهُول وَله شَاهد مَوْقُوف.

"Tiada kerisauan melainkan kerisauan hutang dan tiada kesakitan melainkan sakit mata." Hadis ini adalah palsu. Dalam kitab al-La’ali disebutkan: Hadis "لا هم" hingga akhirnya dinilai oleh al-Baihaqi sebagai munkar. Ia mempunyai jalur periwayatan lain dengan lafaz "Tiada kerisauan melainkan kerisauan hutang." Pada hadis ini terdapat Khaqan yang merupakan seorang perawi majhul. Hadis ini mempunyai syahid (riwayat penyokong) yang diriwayatkan secara mauquf.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.