Tiada kebaikan kepada orang yang tidak mengumpulkan harta

TEKS BAHASA ARAB

لا خير فيمن لا يجمع المال يصل به رحمه ويؤدي به عن أمانته ويستغني به عن خلق ربه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiada kebaikan kepada orang yang tidak mengumpulkan harta. Dia boleh menyambung hubungan kekeluargaan dengan harta tersebut, boleh menunaikan amanah dan tidak meminta kepada makhluk Tuhan.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 900, hadis nombor 4612. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لا خير فيمن لا يجمع المال يصل به رحمه ويؤدي به عن أمانته ويستغني به عن خلق ربه.[ابن حبان في الضعفاء, ابن الجوزي, هب, الضعيفة (6153)]

(Palsu) Daripada Anas RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: Tiada kebaikan kepada orang yang tidak mengumpulkan harta. Dia boleh menyambung hubungan kekeluargaan dengan harta tersebut, boleh menunaikan amanah dan tidak meminta kepada makhluk Tuhan. [Ibn Hibban di dalam Al-Dhuafa’, Ibn Al-Jauzi, Al-Baihaqi didalam Syu’ab Al-Iman, Al-Dha’ifah no 6153].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs