Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا خير فيمن لا يجمعُ المالَ . . يصِلُ به رَحِمَه ، ويؤدي به عن أمانتِه ، ويستغني به عن خلقِ ربِّهِ
Teks Bahasa Melayu
Tiada kebaikan kepada orang yang tidak mengumpulkan harta. Dia boleh menyambung hubungan kekeluargaan dengan harta tersebut, boleh menunaikan amanah dan tidak meminta kepada makhluk Tuhan.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 900, hadis no. 4612. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Palsu) Daripada Anas RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: Tiada kebaikan kepada orang yang tidak mengumpulkan harta. Dia boleh menyambung hubungan kekeluargaan dengan harta tersebut, boleh menunaikan amanah dan tidak meminta kepada makhluk Tuhan. [Ibn Hibban di dalam Al-Dhuafa’, Ibn Al-Jauzi, Al-Baihaqi didalam Syu’ab Al-Iman, Al-Dha’ifah no 6153].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman