Tiada asal
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَا مِنْ جمَاعَةٍ اجْتَمَعَتْ إِلَّا وَفِيهِمْ وَلِيٌّ لِلَّهِ، لَا هُمْ يَدْرُونَ، وَلا هُوَ يَدْرِيْ بِنَفْسِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Tiada jemaah yang berkumpul melainkan pada mereka ada wali Allah. Mereka tidak mengetahuinya dan dia sendiri juga tidak mengetahuinya.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H)
Status
Tiada asal
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 163, hadis no. 288. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
لا أصل له، وهو كلام باطل. فإن الجماعة قد تكون كفارا، وقد تكون فجارا، يموتون على الكفر والفجور.
Tiada asal baginya, ia adalah kalam batil kerana jemaah boleh terjadi daripada golongan kafir dan boleh terjadi daripada golongan jahat yang mati dalam keadaan kekufuran dan kejahatan.
Rujukan
Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.
Makluman