Tiada jangkitan, tiada sial, tiada kerisauan (melainkan dengan izin Allah)

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لا عدوى، ولا طيرة، ولا هامة. فقام إليه رجل فقال: يا رسول الله! أرأيت البعير يكون به الجرب فتجرب الإبل؟! قال: ذلك القدر، فمن أجرب الأول؟

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiada jangkitan, tiada sial, tiada kerisauan (melainkan dengan izin Allah), lalu seorang lelaki bangun kepada baginda lalu dia berkata: Wahai Rasulullah! Apakah pandanganmu tentang seekor unta yang berkudis lalu ia menjangkiti unta-unta? Baginda bersabda: Itulah takdir. Siapa yang menjadikan unta yang mula-mula itu terkena kudis?

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 496, hadis nombor 2662. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عمر –رضي الله عنهما- مرفوعا: ((لا عدوى، ولا طيرة، وهامة. فقام إليه رجل فقال: يا رسول الله! أرأيت البعير يكون به الجرب فتجرب الإبل؟! قال: ذلك القدر، فمن أجرب الأول؟!)). [ه، حم، ((الضعيفة)) (4808)].

(Lemah)
Daripada Ibn ‘Umar RA, secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tiada jangkitan, tiada sial, tiada kerisauan (melainkan dengan izin Allah), lalu seorang lelaki bangun kepada baginda lalu dia berkata: Wahai Rasulullah! Apakah pandanganmu tentang seekor unta yang berkudis lalu ia menjangkiti unta-unta? Baginda bersabda: Itulah takdir. Siapa yang menjadikan unta yang mula-mula itu terkena kudis?
[Riwayat Ibn Majah dan Ahmad. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4808].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.