Tiada Hima (penentuan sempadan tanah yang belum diteroka dengan cara Jahiliah) dalam Islam, juga tiada Munajashah

TEKS BAHASA ARAB

لا حمى في الإسلام، ولا مناجشة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiada Hima (penentuan sempadan tanah yang belum diteroka dengan cara Jahiliah) dalam Islam, juga tiada Munajashah (kegiatan menaikkan tawaran harga bidaan oleh pembida palsu bukan untuk tujuan membeli, tetapi bertujuan untuk menguntungkan penjual atau memperdaya pembeli).

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 619, hadis nombor 3221. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عصمة بن مالك الخطمي – رضي الله عنه – مرفوعا: ((لا حمى في الإسلام، ولا مناجشة)). [طب، ((الضعيفة)) (4240)].

(Sangat Lemah)
Daripada Usmah bin Malik al-Khatami RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Tiada Hima (penentuan sempadan tanah yang belum diteroka dengan cara Jahiliah) dalam Islam, juga tiada Munajashah (kegiatan menaikkan tawaran harga bidaan oleh pembida palsu bukan untuk tujuan membeli, tetapi bertujuan untuk menguntungkan penjual atau memperdaya pembeli).))
[Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4240].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs