Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا حِمَى في الإسلامِ ولا مُنَاجَشَةَ.
Teks Bahasa Melayu
Tiada Hima (penentuan sempadan tanah yang belum diteroka dengan cara Jahiliah) dalam Islam, juga tiada Munajashah (kegiatan menaikkan tawaran harga bidaan oleh pembida palsu bukan untuk tujuan membeli, tetapi bertujuan untuk menguntungkan penjual atau memperdaya pembeli).
Sahabat Perawi
- Usmah bin Malik al-Khatami RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 619, hadis no. 3221. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن عصمة بن مالك الخطمي - رضي الله عنه - مرفوعا: ((لا حمى في الإسلام، ولا مناجشة)). [طب، ((الضعيفة)) (4240)].
(Sangat Lemah) Daripada Usmah bin Malik al-Khatami RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Tiada Hima (penentuan sempadan tanah yang belum diteroka dengan cara Jahiliah) dalam Islam, juga tiada Munajashah (kegiatan menaikkan tawaran harga bidaan oleh pembida palsu bukan untuk tujuan membeli, tetapi bertujuan untuk menguntungkan penjual atau memperdaya pembeli).)) [Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4240].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman