Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَا أَخَافُ عَلَى أُمَّتِي فِتْنَةً أَخْوَفَ عَلَيْهَا مِنَ النِّسَاءِ وَالْخَمْرِ.
Teks Bahasa Melayu
Tiada fitnah (ujian) yang lebih aku takuti pada umatku lebih daripada perempuan dan arak.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 404, hadis no. 2168. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن علي - رضي الله عنه - مرفوعاً: «ما أخاف على أمتي فتنة أخوف عليها من النساء والخمر». [المحاملي في «الأمالي»، «الضعيفة» (3885)].
(Lemah) Daripada Ali RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Tiada fitnah (ujian) yang lebih aku takuti pada umatku lebih daripada perempuan dan arak". [Riwayat al-Mahamili dalam al-Amali. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3885].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman