Tiada dosa besar apabila diiringi dengan istighfar

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لا كبيرة مع الاستغفار، ولا صغيرة مع الإصرار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiada dosa besar apabila diiringi dengan istighfar, tiada dosa kecil apabila dilakukan terus-menerus.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2035 hadis nombor 10247. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن ابن عباس – رضي الله عنهما – مرفوعاً: لا كبيرة مع الاستغفار، ولا صغيرة مع الإصرار.
[ابن المهندي في ((المشيخة))، القضاعي، فر، ((الضعيفة)) (4810)]

(Munkar)
Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tiada dosa besar apabila diiringi dengan istighfar, tiada dosa kecil apabila dilakukan terus-menerus.
[Riwayat Ibn Muhtadi dalam al-Mashikhah, al-Quda’i dan al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4810]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.