Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا كبيرةَ مع الاستغفارِ، ولا صغيرةَ مع الإصرارِ.
Teks Bahasa Melayu
Tiada dosa besar apabila diiringi dengan istighfar, tiada dosa kecil apabila dilakukan terus-menerus.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2035, hadis no. 10247. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن ابن عباس - رضي الله عنهما - مرفوعاً: لا كبيرة مع الاستغفار، ولا صغيرة مع الإصرار. [ابن المهندي في ((المشيخة))، القضاعي، فر، ((الضعيفة)) (4810)]
(Munkar) Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tiada dosa besar apabila diiringi dengan istighfar, tiada dosa kecil apabila dilakukan terus-menerus. [Riwayat Ibn Muhtadi dalam al-Mashikhah, al-Quda’i dan al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4810]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman