Tiada di langit satu malaikat pun melainkan ia memuliakan ‘Umar

TEKS BAHASA ARAB

ما في السماء ملك إلا وهو يوقر عمر ، ولا في الأرض شيطان إلا وهو يفرق من عمر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiada di langit satu malaikat pun melainkan ia memuliakan ‘Umar dan tiada di atas bumi satu syaitan pun melainkan ia lari daripada ‘Umar.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1854, hadis nombor 9360. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((ما في السَّماءِ ملَكٌ إلَّا وَهوَ يوقِّرُ عُمَرَ ، ولا في الأرضِ شَيطانٍ إلَّا وَهوَ يفرَقُ مِن عمرَ)).
[ابن شاهن في ((السنة))، عد، ابن عساكر، ((الضعيفة))، (4462)].

(Palsu) Daripada Ibn ‘Abbas RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tiada di langit satu malaikat pun melainkan ia memuliakan ‘Umar dan tiada di atas bumi satu syaitan pun melainkan ia lari daripada ‘Umar.
[Riwayat Ibn Shahin dalam kitab al-Sunnah, Ibn ‘Adi dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4462].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs