Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ما في السَّماءِ ملَكٌ إلَّا وَهوَ يوقِّرُ عُمَرَ ، ولا في الأرضِ شَيطانٍ إلَّا وَهوَ يفرَقُ مِن عمرَ.
Teks Bahasa Melayu
Tiada di langit satu malaikat pun melainkan ia memuliakan ‘Umar dan tiada di atas bumi satu syaitan pun melainkan ia lari daripada ‘Umar.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin 'Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1854, hadis no. 9360. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((ما في السَّماءِ ملَكٌ إلَّا وَهوَ يوقِّرُ عُمَرَ ، ولا في الأرضِ شَيطانٍ إلَّا وَهوَ يفرَقُ مِن عمرَ)). [ابن شاهن في ((السنة))، عد، ابن عساكر، ((الضعيفة))، (4462)].
(Palsu) Daripada Ibn ‘Abbas RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tiada di langit satu malaikat pun melainkan ia memuliakan ‘Umar dan tiada di atas bumi satu syaitan pun melainkan ia lari daripada ‘Umar. [Riwayat Ibn Shahin dalam kitab al-Sunnah, Ibn ‘Adi dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4462].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman