Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Tiada bayi pun lahir kecuali akan tertulis di rambutnya lima ayat daripada awal surah al-Taghabun

Teks Bahasa Arab

حديث: مَا مِنْ مَوْلُودٍ إِلا مَكْتُوبٌ فِي تَشْبِيكِ رَأْسِهِ خَمْسُ آيَاتٍ مِنْ فَاتِحَةِ سُورَةِ التَّغَابُنِ.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Tiada bayi pun lahir kecuali akan tertulis di rambutnya lima ayat daripada awal surah al-Taghabun.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 451, hadis no. 25. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال في الوجيز: في إسناده الوليد بن العنسي: لا يحل الاحتجاج به. وقيل: صدوق وهو البخاري في تاريخه. عن ابن عمرو موقوفا.

Dia berkata dalam al-Wajiz. Dalam sanadnya ada al-Walid bin al-Anasi: Tidak boleh dijadikan hujah. Dikatakan: Saduq oleh al-Bukhari dalam tarikhnya daripada Ibn Amru secara mauquf.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.