TEKS BAHASA ARAB
حديث: ما رأيت في الروم مدينة مثل مدينة أنطاكية، ما رأيت أكثر مطرا منها. فقال النبي صلى الله عليه وآله وسلم: وذلك أن فيها التوراة وعصا موسى، ورضاض الألواح، ومائدة سليمان في غار من غيرانها. إلى آخره.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith : Aku tidak pernah melihat di Rom bandar seperti Antakya dan tidak pernah aku melihat hujun turun lebih banyak darinya. Nabi SAW bersabda: Ini kerana padanya ada Taurat dan tongkat Nabi Musa, cebisan lembaran dan hidangan Sulaiman dalam salah satu gua yang ada padanya.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 432, hadis nombor 9. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه ابن حبان عن تميم [الداري] وقال عبد الله بن السري المدائني، يعني: الْمَذْكُورُ فِي إِسْنَادِهِ: يَرْوِي عَنِ أبي عمران الجوني العجائب التي لا شك أنها موضوعة.
Diriwayatkan oleh Ibn Hibban daripada Tamim al-Dari. Abdullah bin al-Sirri al-Madaini. Iaitu yang disebutkan dalam sanad meriwayatkan daripada Abu Imran al-Juni hadis-hadis pelik yang tidak syak lagi ia adalah palsu.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.