Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: "مَا رَأَيْتُ فِي الرُّومِ مَدِينَةً مِثْلَ مَدِينَةِ أَنْطَاكِيَةَ، مَا رَأَيْتُ أَكْثَرَ مَطَرًا مِنْهَا. فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ: وَذَلِكَ أَنَّ فِيهَا التَّوْرَاةَ وَعَصَا مُوسَى، وَرَضَاضَ الأَلْوَاحِ، وَمَائِدَةَ سُلَيْمَانَ فِي غَارٍ مِنْ غِيرَانِهَا. إِلَى آخِرِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Hadith : Aku tidak pernah melihat di Rom bandar seperti Antakya dan tidak pernah aku melihat hujun turun lebih banyak darinya. Nabi SAW bersabda: Ini kerana padanya ada Taurat dan tongkat Nabi Musa, cebisan lembaran dan hidangan Sulaiman dalam salah satu gua yang ada padanya.
Sahabat Perawi
- Tamim al-Dari RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 432, hadis no. 9. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه ابن حبان عن تميم [الداري] وقال عبد الله بن السري المدائني، يعني: الْمَذْكُورُ فِي إِسْنَادِهِ: يَرْوِي عَنِ أبي عمران الجوني العجائب التي لا شك أنها موضوعة.
Diriwayatkan oleh Ibn Hibban daripada Tamim al-Dari. Abdullah bin al-Sirri al-Madaini. Iaitu yang disebutkan dalam sanad meriwayatkan daripada Abu Imran al-Juni hadis-hadis pelik yang tidak syak lagi ia adalah palsu.
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman