Tiada azan yang banyak dilaungkan di satu negeri

TEKS BAHASA ARAB

ما أكثر أذان بلدة إلا قل بردها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada bandar yang banyak azan melainkan ia akan menyebabkan kurangnya kesejukan.

STATUS

Tiada sanad

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 34. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

في المقاصد «ما أكثر أذان بلدة إلا قل بردها» للديلمي بلا سند عن علي.

Di dalam al-Maqasid:
مَا أَكثر أَذَان بَلْدَة إِلَّا قل بردهَا
“Tiada azan yang banyak dilaungkan di satu negeri melainkan akan kurangnya kesejukan.” Hadith ini diriwayatkan oleh al-Dailami tanpa sanad daripada Ali.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs