Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ليس على النِّساءِ أذانٌ ولا إقامةٌ، ولا جمعةٌ ولا اغتسالُ جمعةٍ، ولا تَقدَّمُهنَّ امرأةٌ، ولكن تقومُ في وسطِهنَّ.
Teks Bahasa Melayu
Tiada azan bagi para wanita, tiada iqamat, tiada solat Jumaat, tiada mandi Jumaat, serta tidak perlu seseorang wanita itu berada di hadapan wanita lain (untuk menjadi imam), akan tetapi dia perlu berdiri di tengah-tengah mereka.
Sahabat Perawi
- Asma’ binti Yazid RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 355, hadis no. 1888. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Palsu) Daripada Asma’ binti Yazid RA secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Tiada azan bagi para wanita, tiada iqamat, tiada solat Jumaat, tiada mandi Jumaat, serta tidak perlu seseorang wanita itu berada di hadapan wanita lain (untuk menjadi imam), akan tetapi dia perlu berdiri di tengah-tengah mereka". [Diriwayatkan oleh Ibn ‘Adi dalam al-Kamil dan Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 879].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman