Tiada amalan seorang anak Adam pada hari ini yang lebih baik daripada darah yang ditumpahkan (korban)

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ما عمل ابن آدم في هذا اليوم أفضل من دم يهراق؛ إلا أن تكون رحما توصل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiada amalan seorang anak Adam pada hari ini yang lebih baik daripada darah yang ditumpahkan (korban), melainkan hubungan silaturahim yang dijalinkan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 389, hadis nombor 2071. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس – رضي الله عنهما – مرفوعا: «مَا عَمِلُ ابْنُ آدمَ فِي هَذَا الْيَوْمِ أَفْضَلَ مِنْ دَمٍ يُهْرَاقُ؛ إِلَّا أَنْ تَكُونَ رَحِمًا تُوصَلُ». [ طب، «الضعيفة» (525)].

(Lemah) Daripada Ibn Abbas RA secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Tiada amalan seorang anak Adam pada hari ini yang lebih baik daripada darah yang ditumpahkan (korban), melainkan hubungan silaturahim yang dijalinkan". [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 525].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.