Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَا عَمِلُ ابْنُ آدمَ فِي هَذَا الْيَوْمِ أَفْضَلَ مِنْ دَمٍ يُهْرَاقُ؛ إِلَّا أَنْ تَكُونَ رَحِمًا تُوصَلُ.
Teks Bahasa Melayu
Tiada amalan seorang anak Adam pada hari ini yang lebih baik daripada darah yang ditumpahkan (korban), melainkan hubungan silaturahim yang dijalinkan.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 389, hadis no. 2071. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس - رضي الله عنهما - مرفوعا: «مَا عَمِلُ ابْنُ آدمَ فِي هَذَا الْيَوْمِ أَفْضَلَ مِنْ دَمٍ يُهْرَاقُ؛ إِلَّا أَنْ تَكُونَ رَحِمًا تُوصَلُ». [ طب، «الضعيفة» (525)].
(Lemah) Daripada Ibn Abbas RA secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Tiada amalan seorang anak Adam pada hari ini yang lebih baik daripada darah yang ditumpahkan (korban), melainkan hubungan silaturahim yang dijalinkan". [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 525].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman