Tiada akal seperti pentadbiran, tiada warak seperti menahan diri (daripada maksiat)

TEKS BAHASA ARAB

لا عقل كالتدبير، ولا ورع كالكف، ولا حسب كحسن الخلق.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiada akal seperti pentadbiran, tiada warak seperti menahan diri (daripada maksiat) dan tiada kedudukan tinggi seperti akhlak yang baik.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 29, hadis nombor 97. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) ((لا عقل كالتدبير، ولا ورع كالكف، ولا حسب كحسن الخلق)). روي من حديث أبي ذر وأنس بن مالك وعقبة بن مالك وعلي بن أبي طالب – رضي الله عنه-.
[هـ، حب، حل، الأبنوسي في ((الفوائد))، الدامغاني في ((الأحاديث والأخبار))، ابن حمزة الفقيه في ((أحاديثه))، ((الضعيفة)) (1910، 5428)]

(Lemah) Tiada akal seperti pentadbiran, tiada warak seperti menahan diri (daripada maksiat) dan tiada kedudukan tinggi seperti akhlak yang baik. Diriwayatkan daripada hadis Abu Dzar, Anas bin Malik, ‘Uqbah bin Malik, dan Ali bin Abi Talib RA.
[Riwayat Sunan Ibn Mājah, Ṣaḥīḥ Ibn Ḥibbān, Abu Nu’aym dalam al-Hilyah, al-Abnusi dalam al-Fawa’id, al-Damighani dalam al-Ahadis wal Akhbar, Ibn Hamzah al-Faqih dalam Hadis-Hadis beliau. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.1910, 5428]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs