Tiada ada seorang hamba pun yang mengucapkan: ‘Tiada Tuhan selain Allah dan Allah Maha Besar’

TEKS BAHASA ARAB

ما من عبد يقول: لا إله إلا الله والله أكبر؛ إلا أعتق الله ربعه من النار، فإن قالها مرتين؛ أعتق نصفه من النار، فإن قالها ثلاثاً؛ أعتق ثلاثة أرباعه من النار، فإن قالها أربعاً؛ أعتقه الله من النار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada seorang hamba pun yang mengucapkan: ‘Tiada Tuhan selain Allah dan Allah Maha Besar’ melainkan Allah akan memerdekakan satu perempat dirinya dari neraka. Sekiranya dia mengucapkannya sebanyak dua kali, Allah akan memerdekakan setengah dirinya dari neraka, dan apabila dia mengucapkannya sebanyak tiga kali, Allah akan memerdekakan tiga perempat dirinya dari neraka. Dan jika dia mengucapkannya sebanyak empat kali, Allah akan memerdekakan seluruh dirinya dari neraka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1511, hadis nombor 7692. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي الدرداء -رضي الله عنه- مرفوعاً: ((ما من عبد يقول: لا إله إلا الله والله أكبر؛ إلا أعتق الله ربعه من النار، فإن قالها مرتين؛ أعتق نصفه من النار، فإن قالها ثلاثاً؛ أعتق ثلاثة أرباعه من النار، فإن قالها أربعاً؛ أعتقه الله من النار.)) [طس، (الضعيفة)) (5140)].

(Lemah)
Daripada Abu Darda’ RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Tidak ada seorang hamba pun yang mengucapkan: ‘Tiada Tuhan selain Allah dan Allah Maha Besar’ melainkan Allah akan memerdekakan satu perempat dirinya dari neraka. Sekiranya dia mengucapkannya sebanyak dua kali, Allah akan memerdekakan setengah dirinya dari neraka, dan apabila dia mengucapkannya sebanyak tiga kali, Allah akan memerdekakan tiga perempat dirinya dari neraka. Dan jika dia mengucapkannya sebanyak empat kali, Allah akan memerdekakan seluruh dirinya dari neraka.))
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 5140].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.