Tetaplah kamu di sisi ibu kamu, nescaya kamu mendapat ganjaran di sisinya yang sama seperti kamu pergi berjihad

TEKS BAHASA ARAB

جاء رجل وأمه إلى النبي ﷺ وهو يريد الجهاد وأمه تمنع فقال: عند أمك قر فإن لك من الأجر عندها مثل ما لك في الجهاد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seorang lelaki dan ibunya datang bertemu Nabi SAW dalam keadaan dia ingin pergi berjihad. sedangkan ibunya melarangnya. Maka Baginda SAW telah bersabda: Tetaplah kamu di sisi ibu kamu, nescaya kamu mendapat ganjaran di sisinya yang sama seperti kamu pergi berjihad.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 128, hadis nombor 652. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عباس رضي الله عنها قال: جاء رجل وأمه إلى النبي ﷺ وهو يريد الجهاد وأمه تمنع فقال: عند أمك قر فإن لك من الأجر عندها مثل ما لك في الجهاد. [عب، طب، ، الضعيفة، (٦٢٤٣)].

(Palsu) Daripada Ibn ‘Abbas RA telah berkata: Seorang lelaki dan ibunya datang bertemu Nabi SAW dalam keadaan dia ingin pergi berjihad. sedangkan ibunya melarangnya. Maka Baginda SAW telah bersabda: Tetaplah kamu di sisi ibu kamu, nescaya kamu mendapat ganjaran di sisinya yang sama seperti kamu pergi berjihad. [Diriwayatkan oleh ‘Abd al-Razzāq dalam Musānnaf, al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (6243)]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.