Tetamu tidak dibenarkan puasa sunat kecuali dengan izin tuan rumah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من نزل على قوم فلا يصومن تطوعا إلا بإذنهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barangsiapa yang menjadi tetamu kepada sesebuah kaum, janganlah dia berpuasa sunat melainkan dengan izin mereka.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 202, hadis nombor 1056. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عائشة – رضي الله عنها -، قالت: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((من نزل على قوم فلا يصومن تطوعا إلا بإذنهم)). [ت، عد، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، القضاعي، ((الضعيفة)) (2713)]

(Sangat Lemah)
Daripada ‘A’ishah RA berkata, Rasulullah bersabda: Barangsiapa yang menjadi tetamu kepada sesebuah kaum, janganlah dia berpuasa sunat melainkan dengan izin mereka.
[Riwayat al-Tirmiẓī dalam Sunan beliau, Ibn 'Adi dalam al-Kāmil Fī al-Ḍu‘afā’, Abu Nu’aym dalam Akhbar Asbahan dan al-Quda’ie. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2713]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.