Teruslah mencintai kami (ahli bait)

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

الزموا مودتنا أهل البيت، فإنه من لقي الله عز وجل وهو يودنا دخل الجنة بشفاعتنا. والذي نفسي بيده! لا ينفع عبدا عمله إلا بمعرفة حقنا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Teruslah mencintai kami (ahli bait), sesungguhnya sesiapa yang bertemu Allah dalam keadaan dia mencintai kami, dia akan masuk syurga dengan syafaat kami. Demi jiwaku yang berada pada tangan-Nya, amalan seseorang hamba tidak akan bermanfaat buat dirinya melainkan dengan mengetahui hak kami.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1859, hadis nombor 9380. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن علي رضي الله عنه مرفوعا: ((الزَمُوا مَوَدَّتَنَا أَهْلَ الْبَيْتِ، فَإِنَّهُ مَنْ لَقِيَ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ وَهُوَ يَوَدُّنَا دَخَلَ الْجَنَّةَ بِشَفَاعَتِنَا. وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ! لَا يَنْفَعُ عَبْدًا عَمَلُهُ إِلَّا بِمَعْرِفَةِ حَقَّنَا)). [طس، {الضعيفة} (٤٩١٦)]

(Munkar) Daripada Ali RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Teruslah mencintai kami (ahli bait), sesungguhnya sesiapa yang bertemu Allah dalam keadaan dia mencintai kami, dia akan masuk syurga dengan syafaat kami. Demi jiwaku yang berada pada tangan-Nya, amalan seseorang hamba tidak akan bermanfaat buat dirinya melainkan dengan mengetahui hak kami. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4916]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.