Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الزَمُوا مَوَدَّتَنَا أَهْلَ الْبَيْتِ، فَإِنَّهُ مَنْ لَقِيَ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ وَهُوَ يَوَدُّنَا دَخَلَ الْجَنَّةَ بِشَفَاعَتِنَا. وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ! لَا يَنْفَعُ عَبْدًا عَمَلُهُ إِلَّا بِمَعْرِفَةِ حَقَّنَا.
Teks Bahasa Melayu
Teruslah mencintai kami (ahli bait), sesungguhnya sesiapa yang bertemu Allah dalam keadaan dia mencintai kami, dia akan masuk syurga dengan syafaat kami. Demi jiwaku yang berada pada tangan-Nya, amalan seseorang hamba tidak akan bermanfaat buat dirinya melainkan dengan mengetahui hak kami.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1859, hadis no. 9380. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن علي رضي الله عنه مرفوعا: ((الزَمُوا مَوَدَّتَنَا أَهْلَ الْبَيْتِ، فَإِنَّهُ مَنْ لَقِيَ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ وَهُوَ يَوَدُّنَا دَخَلَ الْجَنَّةَ بِشَفَاعَتِنَا. وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ! لَا يَنْفَعُ عَبْدًا عَمَلُهُ إِلَّا بِمَعْرِفَةِ حَقَّنَا)). [طس، {الضعيفة} (٤٩١٦)]
(Munkar) Daripada Ali RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Teruslah mencintai kami (ahli bait), sesungguhnya sesiapa yang bertemu Allah dalam keadaan dia mencintai kami, dia akan masuk syurga dengan syafaat kami. Demi jiwaku yang berada pada tangan-Nya, amalan seseorang hamba tidak akan bermanfaat buat dirinya melainkan dengan mengetahui hak kami. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4916]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman