Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حَدِيث: الباذنجان لما أكل لَهُ.
Teks Bahasa Melayu
Hadis: Terung itu menjadi penawar apa sahaja penyakit yang diniatkan oleh orang yang memakannya.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 61, hadis no. 126. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
من وضع الزنادقة.
Direka oleh zindiq.
Rujukan
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
Makluman