Terung ialah penawar segala penyakit

TEKS BAHASA ARAB

الباذنجان شفاء من كل داء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Terung ialah penawar segala penyakit.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ibn Qayyim al-Jawziyyah (m. 751H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf, di halaman 42-43, hadis nombor 55. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

موضوع.

Ciri 2 Hadis Mengandungi Penipuan Yang Jelas
Antara ciri-ciri hadis palsu juga ialah terdapat pendustaan yang jelas seperti hadis berikut:

الْبَاذِنْجَانُ لِمَا أُكِلَ لَهُ

“(Khasiat) terung sesuai dengan niat orang yang memakannya.”
Dan hadis:

وَالْبَاذِنْجَانُ شِفَاءٌ مِنْ كُلِّ دَاءٍ

“Terung adalah penawar segala penyakit.”

Semoga Allah menghina pembuat hadis palsu ini. Hadis ini, andai diucapkan oleh sebahagian doktor yang jahil nescaya orang ramai akan mencelanya.
Jika terung ini dianggap sebagai ubat untuk demam dan sakit hitam pekat (masalah hempedu hitam), atau untuk mengubati pelbagai jenis penyakit lain, maka terung tidak akan menambahkan sesuatu melainkan menambahkan penyakit sahaja.
Jika orang miskin makan terung dengan niat untuk menjadi kaya, dia tidak akan memperoleh kekayaan. Jika seorang yang bodoh makan terung dengan tujuan untuk menjadi pandai, dia tidak akan mendapat ilmu.

RUJUKAN

Ibn Qayyim al-Jawziyyah. (1970). Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf (Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Maktabah al-Matbu’at al-Islamiyyah.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. (2015). Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu (Solehah Abu Bakar, Ed.). Kemilau Publika.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang hamba Allah dan ditambahbaik melalui tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs