Terung adalah ubat segala penyakit

TEKS BAHASA ARAB

 الْبَاذِنْجَانُ شِفَاءٌ مِنْ كُلِّ دَاءٍ

TEKS BAHASA MALAYSIA

Terung adalah ubat segala penyakit.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Seperti yang dinukilkan dalam terjemahan Kitab Al-Manar Al-Munif, kata Ibn Qayyim Al-Jawziyyah رحمه الله:

Ciri 2 Hadis Mengandungi Penipuan Yang Jelas
Antara ciri-ciri hadis palsu juga ialah terdapat pendustaan yang jelas seperti hadis berikut:
الْبَاذِنْجَانُ لِمَا أُكِلَ لَهُ
“(Khasiat) terung sesuai dengan niat orang yang memakannya.”
Dan hadis:
وَالْبَاذِنْجَانُ شِفَاءٌ مِنْ كُلِّ دَاءٍ
“Terung adalah ubat segala penyakit.”

Semoga Allah menghina pembuat hadis palsu ini. Hadis ini, andai diucapkan oleh sebahagian doktor yang jahil nescaya orang ramai akan mencelanya.
Jika terung ini dianggap sebagai ubat untuk demam dan sakit hitam pekat (masalah hempedu hitam), atau untuk mengubati pelbagai jenis penyakit lain, maka terung tidak akan menambahkan sesuatu melainkan menambahkan penyakit sahaja.
Jika orang miskin makan terung dengan niat untuk menjadi kaya, dia tidak akan memperoleh kekayaan. Jika seorang yang bodoh makan terung dengan tujuan untuk menjadi pandai, dia tidak akan mendapat ilmu.

RUJUKAN

  1. Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘Īf. Ditahqiq oleh ‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah. Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah, 1970.
  2. Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Disunting oleh Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.
 MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang penaja yang menaja Projek Al-Manar Al-Munif yang dijalankan oleh Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja tersebut dan warga tim semakhadis.com. Aamiin! Mohon maklumkan kepada admin@semakhadis.com sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon