Tertulis di pintu syurga: Tiada Tuhan selain Allah, Nabi Muhammad pesuruh Allah

TEKS BAHASA ARAB

مكتوب على باب الجنة: لا اله إلا الله، محمد رسول الله، علي أخو رسول الله قبل ان تخلق السماوات والأرض بألفي عام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tertulis di pintu syurga: "Tiada Tuhan selain Allah, Nabi Muhammad pesuruh Allah, ‘Ali saudara Rasulullah; 2000 tahun sebelum diciptakan langit dan bumi."

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1875, hadis nombor 9447. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن جابر – رضي الله عنه – مرفوعا: ((مكتوب على باب الجنة: لا اله إلا الله، محمد رسول الله، علي أخو رسول الله قبل أن تخلق السماوات والأرض بألفي عام)). [حل، خط، إبن عساكر ((الضعيفة)) (4901)]

(Palsu) Daripada Jabir RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tertulis di pintu syurga: "Tiada Tuhan selain Allah, Nabi Muhammad pesuruh Allah, ‘Ali saudara Rasulullah; 2000 tahun sebelum diciptakan langit dan bumi." [Riwayat Abu Nu’aym dalam Hilyah al-Awliya’, al-Khatib al-Baghdadi dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4901]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs