Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مكتوبٌ في التوراةِ: منْ سرَّهُ أنْ تطولَ أيامُ حياتِهِ، أو يزادُ في رزقِهِ؛ فلْيصلْ رحِمَهُ.
Teks Bahasa Melayu
Tertulis di dalam kitab Taurat: Sesiapa yang suka untuk memanjangkan hari-hari kehidupannya, atau ditambahkan rezekinya, hendaklah dia menghubungkan silaturahim.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 87, hadis no. 432. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- مرفوعاً: مكتوب في التوراة: من سره أن تطول أيام حياته، أو يزاد في رزقه؛ فليصل رحمه. [ك، البزار، الباطرقاني في ((جزء من حديثه))، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4526)]
(Daif) Daripada Ibn ‘Abbās RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tertulis di dalam kitab Taurat: Sesiapa yang suka untuk memanjangkan hari-hari kehidupannya, atau ditambahkan rezekinya, hendaklah dia menghubungkan silaturahim. [Riwayat al-Hākim dalam al-Mustadrak, al-Bazzār dalam Musnadnya, al-Bāṭirqānī dalam Juzu’ daripada hadis beliau dan Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Damsyiq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4526]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman