Tertarik hati-hati kepada mengasihi sesiapa yang berbuat baik kepadanya

TEKS BAHASA ARAB

حديث: جبلت القلوب على حب من أحسن إليها وبغض من أساء إليها.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Tertarik hati-hati kepada mengasihi sesiapa yang berbuat baik kepadanya, dan membenci sesiapa yang berbuat jahat kepadanya.


STATUS

Batil


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 82, hadis nombor 55. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


قال في المقاصد: باطل.

Al-Sakhawi berkata dalam Kitab al-Maqasid: Hadith ini batil.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs