Batil

30/06/2024

minit bacaan



Tertarik hati-hati kepada mengasihi sesiapa yang berbuat baik kepadanya

Teks Bahasa Arab

حديث: جبلت القلوب على حب من أحسن إليها وبغض من أساء إليها.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Tertarik hati-hati kepada mengasihi sesiapa yang berbuat baik kepadanya, dan membenci sesiapa yang berbuat jahat kepadanya.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Batil

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 82, hadis no. 55. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال في المقاصد: باطل.

Al-Sakhawi berkata dalam Kitab al-Maqasid: Hadith ini batil.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.