Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مِن السُّنَّةِ في الصَّلاةِ المَكْتوبةِ إذا نَهضَ الرَّجلُ في الرَّكعتينِ الأولَيَينِ أن لا يعتَمدَ علَى الأرضِ إلَّا أن يَكونَ شَيخًا كبيرًا لا يستَطيعُ.
Teks Bahasa Melayu
Termasuk sunnah dalam solat fardu adalah apabila seorang lelaki bangun pada dua rakaat pertama, dia tidak menongkat dengan tangan di atas lantai, melainkan dia adalah seorang yang tua dan tidak mampu.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 353, hadis no. 1873. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن علي - رضي الله عنه -، قال: «من السنة في الصلاة المكتوبة إذا نهض الرجل في الركعتين الأوليين أن لا يعتمد على الأرض إلا أن يكون شيخا كبيرا لا يستطيع». [هق، الضياء، «الضعيفة» (968)].
(Daif) Daripada ‘Ali RA, beliau berkata: "Termasuk sunnah dalam solat fardu adalah apabila seorang lelaki bangun pada dua rakaat pertama, dia tidak menongkat dengan tangan di atas lantai, melainkan dia adalah seorang yang tua dan tidak mampu". [Diriwayatkan oleh al-Bayhaqi dalam Sunannya dan al-Dhiya’ al-Maqdisi dalam al-Mukhtarah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 968].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman