Termasuk daripada kebahagiaan anak Adam ialah istikharahnya kepada Allah

TEKS BAHASA ARAB

من سعادة ابن آدم استخارته الله، ومن سعادة ابن آدم رضاه بما قضى الله، ومن شقوة ابن آدم تركه استخارة الله، ومن شقوة ابن آدم سخطه بما قضى الله -عز وجل-.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Termasuk daripada kebahagiaan anak Adam ialah istikharahnya (permintaan pilihannya) kepada Allah, dan termasuk daripada kebahagiaan anak Adam redanya dengan apa yang diputuskan oleh Allah. Termasuk daripada kesengsaraan anak Adam (apabila) dia meninggalkan istikharah kepada Allah, dan termasuk daripada kesengsaraan anak Adam ialah kebenciannya terhadap apa yang diputuskan oleh Allah ‘Azza wa Jalla.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1987, hadis nombor 9949. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن سعد بن أبي وقاص -رضي الله عنه- مرفوعا: ((من سعادة ابن آدم استخارته الله، ومن سعادة ابن آدم رضاه بما قضى الله، ومن شقوة ابن آدم تركه استخارة الله، ومن شقوة ابن آدم سخطه بما قضى الله -عز وجل-)).
[حم، ت، ك، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (1906)]

(Lemah) Daripada Sa‘d bin Abī Waqqās RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Termasuk daripada kebahagiaan anak Adam ialah istikharahnya (permintaan pilihannya) kepada Allah, dan termasuk daripada kebahagiaan anak Adam redanya dengan apa yang diputuskan oleh Allah. Termasuk daripada kesengsaraan anak Adam (apabila) dia meninggalkan istikharah kepada Allah, dan termasuk daripada kesengsaraan anak Adam ialah kebenciannya terhadap apa yang diputuskan oleh Allah ‘Azza wa Jalla.
[Riwayat Aḥmad bin Ḥanbal dalam al-Musnad, al-Tirmidhī dalam al-Sunan, al-Ḥākim dalam al-Mustadrak, Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1906]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs