Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مِن تَمامِ الصلاةِ: الصَّلاةُ في النَّعْلَيْن.
Teks Bahasa Melayu
Termasuk dalam kesempurnaan solat ialah menunaikan solat dengan mengenakan selipar.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Mas'ud RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 341, hadis no. 1787. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن عبد الله بن مسعود - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: ((مِن تَمامِ الصلاةِ: الصَّلاةُ في النَّعْلَيْن)). [طس، ((الضعيفة)) (6084)].
(Munkar) Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Termasuk dalam kesempurnaan solat ialah menunaikan solat dengan mengenakan selipar." [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6084].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman