Terimalah kemuliaan (yang diberikan oleh seseorang)

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

اقبلوا الكرامة، وأفضل الكرامة الطيب، أخفه محملا، وأطيبه ريحا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Terimalah kemuliaan (yang diberikan oleh seseorang). Kemuliaan yang paling afdal ialah (memberikan) minyak wangi. Yang paling ringan untuk dibawa serta paling enak baunya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 200, hadis nombor 1042. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن زينب بنت جحش – رضي الله عنها – مرفوعا: ((اقبلوا الكرامة، وأفضل الكرامة الطيب، أخفه محملا، وأطيبه ريحا)). [طس، فر، ((الضعيفة)) (2862)]

(Lemah)
Daripada Zainab binti Jahsy RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Terimalah kemuliaan (yang diberikan oleh seseorang). Kemuliaan yang paling afdal ialah (memberikan) minyak wangi. Yang paling ringan untuk dibawa serta paling enak baunya.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat dan al-Daylami dalam Musnad Al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2862]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.