TEKS BAHASA ARAB
أبشروا يا أصحاب الصفة! فمن بقي من أمتي على النعت الذي أنتم عليه اليوم راضيا بما فيه، فإنه من رفقائي يوم القيامة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Terimalah berita gembira wahai ahli Suffah (para sahabat yang mendiami serambi-serambi masjid)! Barang siapa dalam kalangan umatku yang masih mengekalkan sifat seperti kalian pada hari ini, merasa reda dengan apa yang ada, nescaya dia tergolong sebagai teman-temanku pada hari kiamat.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 597, hadis nombor 3080. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن ابن عباس – رضي الله عنهما – قال: وقف رسول الله صلى الله عليه وسلم يوما على أصحاب الصفة، فرأى فقرهم وجهدهم وطيب قلوبهم، فقال: ((أبشروا يا أصحاب الصفة! فمن بقي من أمتي على النعت الذي أنتم عليه اليوم راضيا بما فيه، فإنه من رفقائي يوم القيامة)). [السلمي في ((الأربعين في أخلاق الصوفية))، فر، ((الضعيفة)) (1589)].
(Sangat lemah) Daripada Ibn Abbas RA berkata: “Rasulullah SAW berdiri pada satu hari di hadapan penduduk kaki lima masjid, lalu dia nampak kemiskinan, kesusahan, dan baiknya jantung hati mereka. lalu baginda bersabda: ((Terimalah berita gembira wahai ahli Suffah (para sahabat yang mendiami serambi-serambi masjid)! Barang siapa dalam kalangan umatku yang masih mengekalkan sifat seperti kalian pada hari ini, merasa reda dengan apa yang ada, nescaya dia tergolong sebagai teman-temanku pada hari kiamat.)) [Riwayat al-Sulami dalam al-Arba'in fi Akhlaq al-Sufiyyah dan al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1589].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.