Terdapat tiga jenis majlis

TEKS BAHASA ARAB

المجالس ثلاثة: سالم، وغانم، وشاجب. فالغانم: الذي يكثر ذكر الله في مجسله. والسالم: الذي يسكت، لا له ولا عليه. والشاجب: الذي يكون كلامه وعمله في معصية الله عز وجب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Terdapat tiga jenis ahli majlis: Yang selamat, yang beruntung dan yang binasa: Yang beruntung adalah yang memperbanyakkan peringatan kepada Allah di dalam majlis itu. Yang selamat pula adalah yang senyap, tidak ada kebaikan baginya dan tidak ada keburukan baginya. Yang binasa pula adalah yang percakapannya dan perbuatannya terarah kepada kemaksiatan terhadap Allah Azza wa Jalla.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1606, hadis nombor 8098. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: ((المجالِسُ ثلاثة: سالمٌُ، وغانمٌ، وشاجبٌ. فالغانم: الذي يُكثر ذكر الله في مجسله. والسالم: الذي يسكتُ، لا له ولا عليه. والشاجب: الذي يكون كلامه وعمله في معصية الله عز وجل)). [الأصبهاني، ((الضعيفة)) (2128، 6577)].

(Sangat Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: ((Terdapat tiga jenis ahli majlis: Yang selamat, yang beruntung dan yang binasa: Yang beruntung adalah yang memperbanyakkan peringatan kepada Allah di dalam majlis itu. Yang selamat pula adalah yang senyap, tidak ada kebaikan baginya dan tidak ada keburukan baginya. Yang binasa pula adalah yang percakapannya dan perbuatannya terarah kepada kemaksiatan terhadap Allah Azza wa Jalla.))
[Riwayat al-Asbahani. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2128, 6577].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs