Terdapat seorang lelaki sebelum kamu semua yang suka membazir

TEKS BAHASA ARAB

كان فيمن كان قبلكم رجل مسرف على نفسه، وكان مسلما، كان إذا أكل طعاما طرح تفالة طعامه على مزبلة، فكان يأوي إليها عابد، فإن وجد كسرة أكلها وإن وجد بقلة أكلها، وإن وجد عرقا تعرقه…. (الحديث وفيه): فأمر الله عز وجل بذلك الملك فأخرج من النار جمرة ينفض فأعيد كما كان، فقال: يا رب هذا الذي كنت آكل من مزبلته قال: فقال الله عز وجل: خذ بيده فأدخله الجنة من معروف كان منه إليك لم يعلم به، أما لو علم به ما أدخلته النار


TEKS BAHASA MALAYSIA

Terdapat seorang lelaki sebelum kamu semua yang suka membazir dengan dirinya sendiri. Dia merupakan orang Islam. Apabila dia makan makanannya, dia akan membuang sisa makanannya di dalam tong sampah. Terdapat seorang hamba yang akan mencari sisa tersebut, jika dia mendapati pecahan makanan dia akan memakannya dan jika dia mendapati sisa air dia akan minumnya .. (al-Hadith). Maka Allah azza wa jalla memerintahkan seorang malaikat untuk mengeluarkan satu batu daripada neraka yang membara lalu dikembalikan seperti sebelumnya dan dia (hamba) berkata: Wahai Tuhan ini orang yang yang aku makan daripada tong sampahnya. Maka Allah azza wa jalla berkata padanya: pimpinlah tangannya dan masuklah ke syurga kerana kebaikannya kepada engkau yang tidak dia ketahui. Sekiranya dia mengetahui mengenainya, aku tidak akan memasukkannya ke dalam neraka.


STATUS

Batil


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1662, hadis nombor 8390. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis ini yang terdapat dalam kitab ini:

Riwayat Tammam al-Razi.

Ia dinilai batil oleh al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs