Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
عن عائشة قالت: حدث رسول الله صلى الله عليه وسلم ذات ليلة نساءه حديثا فقالت امرأة منهن: يا رسول الله هذا حديث خرافة، قال: " أتدرين ما خرافة؟ كان رجلا في بني عذرة، أسرته الجن، فمكث فيهم دهرا ثم ردوه إلى الإنس، فكان يحدث الناس بما رأى فيهم من الأعاجيب، فقال الناس: حديث خرافة "
Teks Bahasa Melayu
Daripada Aisyah R.anha berkata: “Rasulullah SAW menceritakan kepada isteri-isterinya satu kisah pada satu malam. Telah berkata salah seorang daripada mereka: Wahai Rasulullah! Ini adalah kisah khurafat! Baginda menjawab: Adakah kamu tahu apakah itu khurafat? Terdapat seorang lelaki dari Bani ‘Uzrah telah diculik oleh jin dan dia bersama dengan mereka (jin) selama setahun, kemudian dia dikembalikan kepada manusia. Dia menceritakan kepada manusia tentang apa yang dia lihat pada mereka (jin) daripada keajaiban. Maka manusia pun berkata: kisah khurafat.
Sahabat Perawi
- ‘Aisyah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1671, hadis no. 8433. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
Riwayat Sunan al-Tirmidhi dalam al-Syamail, Musnad Ahmad dan al-Mulakhkhas dalam al-Fawaid al-Muntaqah
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman