Terdapat seorang lelaki dalam kalangan umat yang terdahulu yang dipanggil Muwarriq

TEKS BAHASA ARAB

كان فيمن سلف من الأمم رجل يقال له: (مورق)، فكان متعبدا، فبينا هو قائم في صلاته، ذكر النساء، فاشتهاهن، وانتشر حتى قطع صلاته، فغضب، فأخذ قوسه، فقطع وتره، فعقده بخصييه، وشده إلى عقبيه، ثم مد رجليه فانتزعهما، ثم أخذ طمريه ونعليه حتى أتى أرضا لا أنيس بها ولا وحش، فاتخذ عريشا، ثم قام يصلي. فجعل كلما أصبح، انصدعت له الأرض، فخرج له خارج منها معه إناء فيه طعام، فيأكل حتى يشبع، ثم يدخل، فيخرج بإناء فيه شراب، فيشرب حتى يروى، ثم يدخل فتلتئم الأرض، فإذا أمسى فعل مثل ذلك. قال: ومر أناس قريبا منه، فأتاه رجلان من القوم، فمرا عليه تحت الليل، فسألاه عن قصدهما؟ فسمت لهما بيده، قال: هذا قصدكما – حيث يريدان -. فسارا غير بعيد، قال أحدهما: ما يسكن هذا الرجل هنا بأرض لا أنيس بها ولا وحش؟ لو رجعنا إليه حتى نعلم علمه. قال: فرجعا، فقالا له: يا عبد الله! ما يقيمك بهذا المكان بأرض لا أنيس بها ولا وحش؟ قال: امضيا لشأنكما ودعاني. فأبيا وألحا عليه قال: فإني مخبركما على أن من كتمه علي منكما، أكرمه الله في الدنيا والآخرة، ومن أظهر علي منكما، أهانه الله في الدنيا والآخرة. قالا: نعم. قال: فنزلا، فلما أصبحا، خرج الخارج من الأرض مثل الذي كان يخرج من الطعام ومثليه معه، فأكلوا حتى شبعوا، ثم دخل فخرج إليهم بشراب في إناء مثل الذي كان يخرج به كل يوم ومثليه معه، فشربوا حتى رووا، ثم دخل فالتأمت الأرض. قال: فنظر أحدهما إلى صاحبه فقال: ما يعجلنا؟ هذا طعام وشراب وقد علمنا سمتنا من الأرض، امكث إلى العشاء! فمكثا فخرج إليهم من الطعام والشراب مثل الذي خرج أول النهار، فقال أحدهما لصاحبه: امكث بنا حتى نصبح. فمكثا فلما أصبحوا خرج إليهما مثل ذلك. ثم ركبا فانطلقا، فأما أحدهما، فلزم باب الملك حتى كان من خاصته وسمره، وأما الآخر فأقبل على تجارته وعمله. وكان ذلك الملك لا يكذب أحد في زمانه من أهل مملكته كذبة يعرف بها إلا صلبه. فبينا هم ليلة في السمر يحدثونه مما رأوا من العجائب، أنشأ ذلك الرجل يحدث فقال: ألا أحدثك أيها الملك بحديث ما سمعت أعجب منه قط؟ فحدث بحديث ذلك الرجل الذي رأى من أمره. قال الملك: ما سمعت بكذب قط أعظم من هذا، والله لتأتيني على ما قلت ببينة أو لأصلبنك قال: بينتي فلان. قال: رضى، ائتوني به، فلما أتاه، قال له الملك: إن هذا يزعم: إنكما مررتما برجل ثم كان من أمره كذا وكذا؟ قال الرجل: أيها الملك! أولست تعلم أن هذا كذب، وهذا ما لا يكون، ولو أني حدثتك بهذا، كان عليك من الحق أن تصلبني عليه؟ قال: صدقت وبررت. فأدخل الرجل الذي كتم عليه في خاصته وسمره، وأمر بالآخر فصلب. فقال رسول الله ﷺ: فأما الذي كتم عليه منهما، فقد أكرمه الله في الدنيا والآخرة. وأما الذي أظهر عليه منهما، فقد أهانه الله في الدنيا، وهو مهينه في الآخرة. ثم نظر بكر بن عبدالله إلى ثمامة بن عبدالله بن أنس، فقال: يا أبا المثنى! أسمعت جدك يحدث هذا عن رسول الله ﷺ؟ قال: نعم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Terdapat seorang lelaki dalam kalangan umat yang terdahulu yang dipanggil Muwarriq, seorang yang rajin beribadah. Suatu hari ketika dia hendak menunaikan solat, dia teringatkan wanita dan datang perasaan ingin kepada mereka. Perasaan itu semakin kuat sehingga dia membatalkan solatnya. Oleh kerana itu dia menjadi marah, lalu dia mengambil busurnya, mencabut talinya lalu mengikatnya di kedua buah kemaluannya dan menariknya hingga ke kedua tumitnya. Kemudian dia meregangkan kedua kakinya hingga tercabut kedua kemaluannya. Kemudian dia mengambil pakaian dan seliparnya lalu pergi ke suatu tempat yang tidak ada sebarang haiwan yang jinak mahupun liar. Kemudian dia mengambil tempat teduh lalu mendirikan solat. Setiap kali waktu pagi, bumi akan terbelah untuknya lalu keluar sesuatu daripadanya membawa bekas yang berisi makanan daripadanya. Muwarriq akan makan sehingga dia kenyang. Kemudian sesuatu tersebut masuk semula, lalu keluar membawa bekas yang berisi air. Muwarriq akan minum sehingga dia kenyang. Lalu sesuatu tersebut akan masuk semula ke dalam bumi, dan bumi yang terbelah akan bercantum semula. Apabila tiba waktu petang, kejadian yang sama berlaku. Dan terdapat manusia yang lalu berdekatan dengannya. Pada suatu ketika dua lelaki datang menemuinya pada waktu malam. Muwarriq pun bertanya tentang tujuan mereka. Lalu dia menggambarkan kepada mereka berdua dengan tangannya dan berkata: “Ini tujuan kalian -jika kamu mahukannya-, maka kalian telah hampir mencapainya.” Salah seorang daripada mereka berkata: “Lelaki ini duduk di suatu tempat yang tidak ada haiwan jinak mahupun liar? Alangkah baiknya jika kita bertemu dengannya untuk mengetahui ilmunya.” Lalu mereka bertemu dengannya lalu berkata: “Wahai hamba Allah! Apa yang membuatkan kamu boleh tinggal di tempat ini yang tidak ada haiwan jinak mahupun liar?” Muwarriq berkata: “Pergilah lakukan hal kalian sendiri dan tinggalkan aku.” Mereka berdua mengabaikan permintaannya dan terus mendesaknya. Muwarriq pun berkata: “Aku akan memberitahu kalian berdua tentang sesuatu yang jika salah seorang daripada kalian menyembunyikannya, Allah akan memuliakannya di dunia dan akhirat, dan jika salah seorang daripada kalian menyebarkannya, Allah akan menghinakannya di dunia dan akhirat.” Mereka berdua berkata: “Baiklah.” Lalu mereka pun tinggal di situ. Apabila tiba waktu pagi, keluarlah sesuatu daripada bumi sepertimana dia telah keluar sebelum ini, membawa makanan dan dua lagi makanan yang sama. Mereka pun makan sehingga kenyang. Kemudian sesuatu itu masuk semula, lalu keluar membawa bekas berisi air dan dua lagi bekas air yang sama, sepertimana dia telah keluar pada setiap hari. Mereka pun minum sehingga kenyang. Lalu sesuatu itu masuk semula ke dalam bumi, dan bumi itu bercantum semula. Lalu salah seorang daripada mereka berdua melihat kepada sahabatnya dan berkata: “Mengapa kita terburu-buru? Ini makanan dan minuman, dan kita tahu ia datang dari bumi. Tetaplah di sini hingga waktu isyak!” Mereka berdua pun tetap tinggal di situ, lalu keluarlah makanan dan minuman untuk mereka seperti mana yang telah keluar pada waktu pagi. Salah seorang daripada mereka berdua berkata kepada sahabatnya: “Tetaplah berada di sini sehingga pagi.” Mereka pun terus tinggal di situ. Apabila tiba waktu pagi, keluarlah perkara yang sama untuk mereka. Kemudian mereka menaiki tunggangan masing-masing dan berangkat. Salah seorang daripada mereka berdua ialah orang yang sering menemui raja sehingga menjadi orang rapat baginda, manakala seorang lagi menumpukan kepada perniagaan dan pekerjaannya. Dan tidak ada seorang pun rakyat kerajaan raja itu yang menipu pada zaman pemerintahannya, melainkan baginda akan menyalibnya jika diketahui. Apabila raja dan orang rapatnya itu berbual pada waktu malam, mereka saling bercerita tentang perkara-perkara ajaib yang mereka pernah lihat. Dan tibalah giliran lelaki itu bercerita lalu dia berkata: “Mari sini aku ceritakan kepadamu wahai raja! Berkenaan sesuatu yang langsung kamu tidak pernah dengar cerita yang ajaib seperti ini.” Dia pun bercerita tentang lelaki yang dia telah lihat perihalnya. Raja itu berkata: “Aku tidak pernah mendengar suatu penipuan yang lebih dahsyat daripada ini. Demi Allah! Kamu perlu datangkan bukti untuk apa yang kamu katakan ini kepadaku, atau aku akan menyalibmu.” Lelaki itu berkata: “Bukti aku ialah fulan.” Raja itu berkata: “Baiklah. Bawa dia kepadaku.” Apabila lelaki itu membawa sahabatnya datang, raja itu berkata: “Sesungguhnya dia ini mendakwa bahawa kalian berdua berjumpa dengan seorang lelaki, dan perihalnya begini dan begitu?” Sahabatnya itu berkata: “Wahai raja! Tidakkah kamu tahu bahawa ini adalah satu penipuan dan perkara ini tidak akan berlaku. Dan jika aku yang menceritakan perkara ini kepadamu, bukankah kamu berhak untuk menyalibku kerananya?” Raja itu menjawab: “Benar.” Lalu raja itu menjadikan lelaki yang menyembunyikan perihal Muwarriq itu sebagai orang rapat baginda, manakala yang seorang lagi itu disalib. Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa di antara mereka berdua yang menyembunyikan perihal Muwarriq, Allah telah memuliakannya di dunia dan akhirat. Dan sesiapa di antara mereka berdua yang menyebarkan perihal Muwarriq, Allah telah menghinakannya di dunia, dan Dia menghinakannya di akhirat.” Kemudian Bakr bin ‘Abdullah memandang Tsumamah bin ‘Abdullah bin Anas lalu berkata: “Wahai Abu al-Mutsanna! Adakah kamu mendengar datukmu menceritakan perkara ini daripada Rasulullah SAW?” Tsumamah berkata: “Ya.”

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2056, hadis nombor 10338. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن أنس بن مالك -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله ﷺ: كان فيمن سلف من الأمم رجل يقال له: (مورق)، فكان متعبدا، فبينا هو قائم في صلاته، ذكر النساء، فاشتهاهن، وانتشر حتى قطع صلاته، فغضب، فأخذ قوسه، فقطع وتره، فعقده بخصييه، وشده إلى عقبيه، ثم مد رجليه فانتزعهما، ثم أخذ طمريه ونعليه حتى أتى أرضا لا أنيس بها ولا وحش، فاتخذ عريشا، ثم قام يصلي. فجعل كلما أصبح، انصدعت له الأرض، فخرج له خارج منها معه إناء فيه طعام، فيأكل حتى يشبع، ثم يدخل، فيخرج بإناء فيه شراب، فيشرب حتى يروى، ثم يدخل فتلتئم الأرض، فإذا أمسى فعل مثل ذلك. قال: ومر أناس قريبا منه، فأتاه رجلان من القوم، فمرا عليه تحت الليل، فسألاه عن قصدهما؟ فسمت لهما بيده، قال: هذا قصدكما – حيث يريدان -. فسارا غير بعيد، قال أحدهما: ما يسكن هذا الرجل هنا بأرض لا أنيس بها ولا وحش؟ لو رجعنا إليه حتى نعلم علمه. قال: فرجعا، فقالا له: يا عبد الله! ما يقيمك بهذا المكان بأرض لا أنيس بها ولا وحش؟ قال: امضيا لشأنكما ودعاني. فأبيا وألحا عليه قال: فإني مخبركما على أن من كتمه علي منكما، أكرمه الله في الدنيا والآخرة، ومن أظهر علي منكما، أهانه الله في الدنيا والآخرة. قالا: نعم. قال: فنزلا، فلما أصبحا، خرج الخارج من الأرض مثل الذي كان يخرج من الطعام ومثليه معه، فأكلوا حتى شبعوا، ثم دخل فخرج إليهم بشراب في إناء مثل الذي كان يخرج به كل يوم ومثليه معه، فشربوا حتى رووا، ثم دخل فالتأمت الأرض. قال: فنظر أحدهما إلى صاحبه فقال: ما يعجلنا؟ هذا طعام وشراب وقد علمنا سمتنا من الأرض، امكث إلى العشاء! فمكثا فخرج إليهم من الطعام والشراب مثل الذي خرج أول النهار، فقال أحدهما لصاحبه: امكث بنا حتى نصبح. فمكثا فلما أصبحوا خرج إليهما مثل ذلك. ثم ركبا فانطلقا، فأما أحدهما، فلزم باب الملك حتى كان من خاصته وسمره، وأما الآخر فأقبل على تجارته وعمله. وكان ذلك الملك لا يكذب أحد في زمانه من أهل مملكته كذبة يعرف بها إلا صلبه. فبينا هم ليلة في السمر يحدثونه مما رأوا من العجائب، أنشأ ذلك الرجل يحدث فقال: ألا أحدثك أيها الملك بحديث ما سمعت أعجب منه قط؟ فحدث بحديث ذلك الرجل الذي رأى من أمره. قال الملك: ما سمعت بكذب قط أعظم من هذا، والله لتأتيني على ما قلت ببينة أو لأصلبنك قال: بينتي فلان. قال: رضى، ائتوني به، فلما أتاه، قال له الملك: إن هذا يزعم: إنكما مررتما برجل ثم كان من أمره كذا وكذا؟ قال الرجل: أيها الملك! أولست تعلم أن هذا كذب، وهذا ما لا يكون، ولو أني حدثتك بهذا، كان عليك من الحق أن تصلبني عليه؟ قال: صدقت وبررت. فأدخل الرجل الذي كتم عليه في خاصته وسمره، وأمر بالآخر فصلب. فقال رسول الله ﷺ: فأما الذي كتم عليه منهما، فقد أكرمه الله في الدنيا والآخرة. وأما الذي أظهر عليه منهما، فقد أهانه الله في الدنيا، وهو مهينه في الآخرة. ثم نظر بكر بن عبدالله إلى ثمامة بن عبدالله بن أنس، فقال: يا أبا المثنى! أسمعت جدك يحدث هذا عن رسول الله ﷺ؟ قال: نعم.
[طس، ((الضعيفة)) (6342)]

(Munkar)
Daripada Anas bin Malik RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Terdapat seorang lelaki dalam kalangan umat yang terdahulu yang dipanggil Muwarriq, seorang yang rajin beribadah. Suatu hari ketika dia hendak menunaikan solat, dia teringatkan wanita dan datang perasaan ingin kepada mereka. Perasaan itu semakin kuat sehingga dia membatalkan solatnya. Oleh kerana itu dia menjadi marah, lalu dia mengambil busurnya, mencabut talinya lalu mengikatnya di kedua buah kemaluannya dan menariknya hingga ke kedua tumitnya. Kemudian dia meregangkan kedua kakinya hingga tercabut kedua kemaluannya. Kemudian dia mengambil pakaian dan seliparnya lalu pergi ke suatu tempat yang tidak ada sebarang haiwan yang jinak mahupun liar. Kemudian dia mengambil tempat teduh lalu mendirikan solat. Setiap kali waktu pagi, bumi akan terbelah untuknya lalu keluar sesuatu daripadanya membawa bekas yang berisi makanan daripadanya. Muwarriq akan makan sehingga dia kenyang. Kemudian sesuatu tersebut masuk semula, lalu keluar membawa bekas yang berisi air. Muwarriq akan minum sehingga dia kenyang. Lalu sesuatu tersebut akan masuk semula ke dalam bumi, dan bumi yang terbelah akan bercantum semula. Apabila tiba waktu petang, kejadian yang sama berlaku. Dan terdapat manusia yang lalu berdekatan dengannya. Pada suatu ketika dua lelaki datang menemuinya pada waktu malam. Muwarriq pun bertanya tentang tujuan mereka. Lalu dia menggambarkan kepada mereka berdua dengan tangannya dan berkata: “Ini tujuan kalian -jika kamu mahukannya-, maka kalian telah hampir mencapainya.” Salah seorang daripada mereka berkata: “Lelaki ini duduk di suatu tempat yang tidak ada haiwan jinak mahupun liar? Alangkah baiknya jika kita bertemu dengannya untuk mengetahui ilmunya.” Lalu mereka bertemu dengannya lalu berkata: “Wahai hamba Allah! Apa yang membuatkan kamu boleh tinggal di tempat ini yang tidak ada haiwan jinak mahupun liar?” Muwarriq berkata: “Pergilah lakukan hal kalian sendiri dan tinggalkan aku.” Mereka berdua mengabaikan permintaannya dan terus mendesaknya. Muwarriq pun berkata: “Aku akan memberitahu kalian berdua tentang sesuatu yang jika salah seorang daripada kalian menyembunyikannya, Allah akan memuliakannya di dunia dan akhirat, dan jika salah seorang daripada kalian menyebarkannya, Allah akan menghinakannya di dunia dan akhirat.” Mereka berdua berkata: “Baiklah.” Lalu mereka pun tinggal di situ. Apabila tiba waktu pagi, keluarlah sesuatu daripada bumi sepertimana dia telah keluar sebelum ini, membawa makanan dan dua lagi makanan yang sama. Mereka pun makan sehingga kenyang. Kemudian sesuatu itu masuk semula, lalu keluar membawa bekas berisi air dan dua lagi bekas air yang sama, sepertimana dia telah keluar pada setiap hari. Mereka pun minum sehingga kenyang. Lalu sesuatu itu masuk semula ke dalam bumi, dan bumi itu bercantum semula. Lalu salah seorang daripada mereka berdua melihat kepada sahabatnya dan berkata: “Mengapa kita terburu-buru? Ini makanan dan minuman, dan kita tahu ia datang dari bumi. Tetaplah di sini hingga waktu isyak!” Mereka berdua pun tetap tinggal di situ, lalu keluarlah makanan dan minuman untuk mereka seperti mana yang telah keluar pada waktu pagi. Salah seorang daripada mereka berdua berkata kepada sahabatnya: “Tetaplah berada di sini sehingga pagi.” Mereka pun terus tinggal di situ. Apabila tiba waktu pagi, keluarlah perkara yang sama untuk mereka. Kemudian mereka menaiki tunggangan masing-masing dan berangkat. Salah seorang daripada mereka berdua ialah orang yang sering menemui raja sehingga menjadi orang rapat baginda, manakala seorang lagi menumpukan kepada perniagaan dan pekerjaannya. Dan tidak ada seorang pun rakyat kerajaan raja itu yang menipu pada zaman pemerintahannya, melainkan baginda akan menyalibnya jika diketahui. Apabila raja dan orang rapatnya itu berbual pada waktu malam, mereka saling bercerita tentang perkara-perkara ajaib yang mereka pernah lihat. Dan tibalah giliran lelaki itu bercerita lalu dia berkata: “Mari sini aku ceritakan kepadamu wahai raja! Berkenaan sesuatu yang langsung kamu tidak pernah dengar cerita yang ajaib seperti ini.” Dia pun bercerita tentang lelaki yang dia telah lihat perihalnya. Raja itu berkata: “Aku tidak pernah mendengar suatu penipuan yang lebih dahsyat daripada ini. Demi Allah! Kamu perlu datangkan bukti untuk apa yang kamu katakan ini kepadaku, atau aku akan menyalibmu.” Lelaki itu berkata: “Bukti aku ialah fulan.” Raja itu berkata: “Baiklah. Bawa dia kepadaku.” Apabila lelaki itu membawa sahabatnya datang, raja itu berkata: “Sesungguhnya dia ini mendakwa bahawa kalian berdua berjumpa dengan seorang lelaki, dan perihalnya begini dan begitu?” Sahabatnya itu berkata: “Wahai raja! Tidakkah kamu tahu bahawa ini adalah satu penipuan dan perkara ini tidak akan berlaku. Dan jika aku yang menceritakan perkara ini kepadamu, bukankah kamu berhak untuk menyalibku kerananya?” Raja itu menjawab: “Benar.” Lalu raja itu menjadikan lelaki yang menyembunyikan perihal Muwarriq itu sebagai orang rapat baginda, manakala yang seorang lagi itu disalib. Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa di antara mereka berdua yang menyembunyikan perihal Muwarriq, Allah telah memuliakannya di dunia dan akhirat. Dan sesiapa di antara mereka berdua yang menyebarkan perihal Muwarriq, Allah telah menghinakannya di dunia, dan Dia menghinakannya di akhirat.” Kemudian Bakr bin ‘Abdullah memandang Tsumamah bin ‘Abdullah bin Anas lalu berkata: “Wahai Abu al-Mutsanna! Adakah kamu mendengar datukmu menceritakan perkara ini daripada Rasulullah SAW?” Tsumamah berkata: “Ya.”
[Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 6342]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs