Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Terdapat seorang hamba daripada kalangan Ansar telah dimasuki perasaan takut tentang neraka

Teks Bahasa Arab

جهِّزوا صاحبَكم، فإنَّ الْفَرَقَ فَلذَ كبدة

Teks Bahasa Melayu

Persiapkan saudaramu ini, sesungguhnya ketakutan memotong hatinya.

Sahabat Perawi

  1. Sahl bin Sa‘d RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1971, hadis no. 9851. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن سهل بن سعد–رضي الله عنه- أن فتى من الأنصار دخلته خشية من النار، فكان يبكي عند ذكر النار، حتى حبسه ذلك في البيت، فذكر ذلك للنبي ﷺ فجاءه في البيت، فلما دخل عليه اعتنقه الفتى، وخر ميتا، فقال النبي ﷺ: «جهزوا صاحبكم، فإن الفرق فلذ كبده». [ك، هب، «الضعيفة» (365)].

(Lemah) Daripada Sahl bin Sa‘d RA: Terdapat seorang hamba daripada kalangan Ansar telah dimasuki perasaan takut tentang neraka. Dia juga sentiasa menangis apabila disebutkan tentang neraka sehingga dia berkurung di dalam rumah. Keadaan itu disebutkan kepada Nabi SAW. Kemudian Baginda mendatanginya di rumah dan apabila Baginda memasuki rumahnya, dia memeluk baginda dan dia jatuh dan meninggal dunia. Maka Baginda SAW bersabda: “Persiapkan saudaramu ini, sesungguhnya ketakutan memotong hatinya.” [Riwayat al-Hakim dalam Al-Mustadrak dan al-Baihaqi dalam Shu‘ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 365].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.