Terdapat sedikit jarang antara dua gigi hadapan Baginda SAW

TEKS BAHASA ARAB

كان صلى الله عليه وسلم أفلج الثنيتين إذا تكلم رؤي كالنور يخرج من بين ثناياه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Terdapat sedikit jarang antara dua gigi hadapan Baginda SAW. Apabila Baginda berkata-kata, terlihat seperti cahaya terpancar antara gigi-gigi hadapan Baginda.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1053, hadis nombor 5388. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عباس رضي الله عنهما، قال: كان صلى الله عليه وسلم أفلج الثنيتين إذا تكلم رؤي كالنور يخرج من بين ثناياه. [ت في الشمائل، البيهقي في الدلائل، الضياء، الضعيفة (4220)]

[Sangat Lemah] Daripada Ibn ‘Abbas RAra, beliau menceritakan: Terdapat sedikit jarang antara dua gigi hadapan Baginda SAW. Apabila Baginda berkata-kata, terlihat seperti cahaya terpancar antara gigi-gigi hadapan Baginda. [Riwayat al-Tirmizi dalam al-Shama’il, al-Baihaqi dalam Dala’il al-Nubuwwah dan al-Diya’ dalam al-Mukhtarah. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4220]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.