Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كَانَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَفْلَجَ الثَنِيَّتَيْنِ، إِذَا تَكَلَّمَ رُؤِيَ كَالنُّورِ يَخْرُجُ مِنْ بَيِْنِ ثَنَايَاهُ.
Teks Bahasa Melayu
Terdapat sedikit jarang antara dua gigi hadapan Baginda SAW. Apabila Baginda berkata-kata, terlihat seperti cahaya terpancar antara gigi-gigi hadapan Baginda.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1053, hadis no. 5388. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن ابن عباس رضي الله عنهما، قال: كان صلى الله عليه وسلم أفلج الثنيتين إذا تكلم رؤي كالنور يخرج من بين ثناياه. [ت في الشمائل، البيهقي في الدلائل، الضياء، الضعيفة (4220)]
[Sangat Lemah] Daripada Ibn ‘Abbas RAra, beliau menceritakan: Terdapat sedikit jarang antara dua gigi hadapan Baginda SAW. Apabila Baginda berkata-kata, terlihat seperti cahaya terpancar antara gigi-gigi hadapan Baginda. [Riwayat al-Tirmizi dalam al-Shama’il, al-Baihaqi dalam Dala’il al-Nubuwwah dan al-Diya’ dalam al-Mukhtarah. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4220]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman