Terdapat salah satu ayat daripada kitab Allah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حديث: آية من كتاب الله خير من محمد وآله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Terdapat salah satu ayat daripada kitab Allah SWT yang lebih baik daripada Muhammad dan ahli keluarga Baginda.

STATUS

Tidak warid

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 28, hadis nombor 3. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قَالَ الزّرْقَانِيّ: لم يرد.

Al-Zurqani berkata : Tidak warid.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon