Tidak Warid
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حَدِيث: آيَة من كتاب الله خير من مُحَمَّد وَآله.
Teks Bahasa Melayu
Hadis: Terdapat salah satu ayat daripada kitab Allah SWT yang lebih baik daripada Muhammad dan ahli keluarga Baginda.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)
Status
Tidak Warid
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 28, hadis no. 3. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قَالَ الزّرْقَانِيّ: لم يرد.
Al-Zurqani berkata: Tidak warid.
Rujukan
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
Makluman