Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Terdapat jin betina sering datang kepada Nabi

Teks Bahasa Arab

حَدِيث: كَانَت جنية تَأتي النَّبِي صلى الله عَلَيْهِ وَسلم فأبطأت عَلَيْهِ فَقَالَ: مَا أَبْطَأَ بك؟ قَالَت: مَاتَ لَهَا ميت بِالْهِنْدِ فَذَهَبت فِي تعزيته فَرَأَيْت فِي طريقي إِبْلِيس يُصَلِّي على صَخْرَة، فَقلت: مَا حملك أَن ضللت آدم؟ قَالَ: دعِي عَنْك هَذَا، قلت: تصلي وَأَنت أَنْت؟ ! قَالَ يَا فارغة إِنِّي لأرجو من رَبِّي إِذا بر قسمه أَن يغْفر لي. فَمَا رَأَيْت رَسُول الله صلى الله عَلَيْهِ وَسلم ضحك مثل ذَلِك الْيَوْم.

Teks Bahasa Melayu

Hadis: Terdapat jin betina sering datang kepada Nabi. Pada suatu hari, beliau terlambat datang daripada kebiasaanya. Lalu Nabi bertanya: Apa yang menyebabkan kamu lambat? Jin itu menjawab: Seseorang telah mati di India, maka aku pergi mengucapkan takziah. Sedang dalam perjalanan, aku mendapati iblis sedang solat di atas satu batu maka aku bertanya kepadanya: Apa yang mendorongmu untuk menyesatkan Adam? Lalu iblis menjawab: Jangan menyibuk! Lalu aku bertanya lagi: Kamu solat sedangkan kamu adalah kamu? Iblis menjawab: Wahai jin betina! Sesungguhnya aku berharap sekiranya Tuhanku menunaikan sumpah-Nya, maka Dia akan mengampuni aku. Belum pernah aku melihat Rasulullah ketawa seperti ketawanya pada hari itu.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 137, hadis no. 384. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال ابن عدي: حدثنا عبد المؤمن بن أحمد، [حدثنا منقر بن الحكم]، حدثنا ابن لهيعة، عن أبيه، عن أبي الزبير، عن جابر فذكره. والله أعلم بما دس في كتب ابن لهيعة، وإلا فهو أعلم بالحديث من أن يروج عليه مثل هذا، ذكره ابن قيم الجوزية، فمفاده أنه باطل.

Ibnu ‘Adi berkata: ‘Abdul Mukmin bin Ahmad telah menceritakan kepada kami, dia berkata: Minqar bin Hakam telah menceritakan kepada kami, dia berkata Ibn Lahi’ah telah menceritakan kepada kami daripada bapanya daripada Abu Zubair daripada Jabir lalu beliau menyebut hadis ini. Allah lebih mengetahui berkenaan apa-apa yang telah dipalsukan dalam kitab Ibn Lahiah. Beliau terlalu pakar dalam hadis untuk meriwayatkan hadis seperti ini. Ibn al-Qayyim menyebutkan perkara itu. Ringkasnya, hadis ini adalah batil.

Rujukan

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.